JellyPages.com

Saturday 21 January 2012

*TANGISAN AIR MATA KU*

  Aku ingin menceritakan tentang hidup ku pada tahun 2007..pada mulanya aku tidak percaya dengan apa yang terjadi, seolah-olah macam mimpi dalam tidur ku,tp inilah sebenarnya kenyataan ku..

  Tanggal 26hari bulan 1 hari jumaat di tempat kerja,aku seperti biasa..tergelak sana tergelak sini..huha sana huha sini..gembiranya hati ku..tepat pukul 3 petang aku di beri masa 10minit untuk aku berehat..aku rasa nak bancuh air panas untuk segarkan badan ku..aku pergi ke pantri untuk bancuh air..masa itu aku macam biasa..siap bancuh air aku keluar dari pantri,aku letakkan cawan di atas meja ku..selepas itu,aku nak pergi toilet untuk cuci muka..bila dah cuci muka,nampak la berseri-seri sikit muka aku ini..maklumlah banyak kerja yang perlu aku laksanakan..tiba-tiba masa ku melangkah
kan kaki ku,aku rasa lain macam..kepala ku terasa berat sangat..aku fikirkan mungkin aku kurang tidur dan kurang rehat..aku kuatkan semangat untuk selesaikan tanggungjawab ku sebagai admin..sewaktu duduk atas kerusi tempat kerja ku,aku rasa makin lama makin berat kepala ku..tiba-tiba aku dah tak nampak wajah kawan-kawan ku..kepala ku rasa berpusing-pusing dan akhirnya aku dah tak sedar diri............

Kemudian??

  Satu hari itu,aku dah kembali di alam nyata  dengan keadaan yang lemah sangat..aku terpinga-pinga,entah macam mana aku berada  di dalam wad hospital..aku cuma nampak wajah mama ku..mama ku senyum melihat wajah ku..aku nampak raut wajah mama ku yang berat untuk menceritakan kesah sebenarnya..dalam hati ku memang aku nak tahu semua ini..supaya aku boleh terima keadaan aku sekarang ini..permulaan ceritanya,semasa aku di tempat kerja,keadaan ku yang dah tak sedarkan diri,kawan-kawan ku serta makcik ku yang aku sayangi berkerja di tempat yang sama membawa aku ke klinik..mereka cemas dan bimbang dengan keadaan aku ketika itu..dokter menyuruh mereka membawa ku pergi ke hospital yang terdekat dengan secepat mungkin ,iaitu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru...bila sampai di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,aku di bawa ke bilik kecemasan..katanya mereka menunggu di luar..dalam masa beberapa minit,tiba-tiba muncul seorang dokter yang bernama Dr.Azman..Dr.Azman mencari salah seorang wakil keluaga ku untuk sainkan surat pembedahan..malah keluarga ku tiada di situ..keluarga ku tinggal di negeri Selangor..pada mulanya keluarga ku tidak tahu tentang aku..masing-masing serba salah untuk memberitahu pada keluarga ku kerana tak nak mereka terkejut dengan keadaan aku..akhirnya Dr.Azman membuat keputusan,dia yang sainkan surat untuk pembedahan ku..Dr.Azman mahu cepat,masanya terlalu suntuk..nyawa ku tak boleh lama menunggu kerana penyakit ku di tahap kritikal dan merbahaya..bila Dr.Azman sudah sainkan,Dr.azman dan juga pembantunya terus membawa aku ke dewan bedah..dalam masa 4jam,makcik ku membuat panggilan telefon pada saudara mara yang terdekat untuk memberitahu keadaan diriku..sebelum itu,makcik ku sudah terangkan pada keluarga ku yang jauh..mama ku cakap,semua terkejut dan sedih dengan apa yang terjadi pada diri ku

**air mataku berlinangan jatuh...

  Keluarga ku kelam kabut..masing-masing memikirkan pasal aku..sambil menyusun baju dalam beg,mama ku membaca surah-surah al-quran supaya Allah dapat memberikan  aku kekuatan untuk menjalani pembedahan..bila keluarga ku sampai di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru aku sudah ada di bilik ICU..

apalah agaknya keadaan keluarga ku bila tengok keadaan ku??mesti masing-masing tak dapat terima...

  Mama ku masih ceritakan lagi..ramai orang melawat aku di bilik ICU..yang ramai kawan-kawan ku..boleh di katakan satu kilang datang melawat aku..kawan-kawan ku dari KL pun turun Johor Bahru kerana mahu melihat aku..katanya adik aku yang bagi tahu pada kawan-kawan ku..masing-masing tak percaya..mereka bagi tahu yang aku ini seorang yang ceria..

**air mataku kini membasahi pipiku...

  Dalam bilik ICU,aku koma..setiap hari mama ku yang jaga aku..mama ku tidur di hospital,makan di hospital,mandi pun di hospital...Dr.Fara pula akan sentiasa melihat keadaan aku..Dr.Fara akan bagi tahu  dari masa kesemasa...Dr.Fara memberi tahu bahawa mata ku tidak akan buka sampai bila-bila...

aduhhhh begitu sedihnya hati ku....sambung lagi ceritanya..

  Sudah 10 hari aku di bilik ICU..tiba-tiba,dengan kuasa Tuhan yang maha besar, Dia telah membukakan mata ku...aku dapat melihat seperti sedia kala...mama ku bergitu gembira saat itu...
aku rasa gembira dan bersyukur sangat-sangat..
Dr.Fara terkejut melihat keadaan ku..dia seakan-akan  tidak percaya..kuasa Allah kita tak boleh nak cakap..Dr.Fara pun gembira hehehehe..selepas itu nurse membawa aku ke wad biasa..mamaku rasa lega...

aku bersyukur pada-Nya kerana bagi peluang untuk aku melihat dunia ini semula..tapi apalah nasib aku........................

  Aku dapat satu lagi dugaan ku..mama ku kata,dalam sebulan aku hilang ingatan..aku tak kenal siapa pun..mama ku pun aku tak kenal..aku hanya mendiamkan diri..satu hari,salah seorang makcik ku membawa bantal busuk ku..niat makcik ku hanya nak tunjukkan pada aku supaya aku ingat balik..bila makcik aku tunjuk di depan wajah ku,aku menangis dan semua memori otak aku kembali seperti dulu..aku sudah sedar bahawa aku sudah kenal  keluarga ku,aku kenal saudara ku dan aku kenal kawan-kawan ku..serta,aku dah betul-betul sedar kenapa aku jadi macam ini...

Ya Allah,aku bersyukur pada-Mu...aku tahu ini semua ujian bagi ku..

  Lepas itu,sekali lagi dugaan datang menguji ku...aku tak boleh cakap pulak..hanya Tuhan sahaja yang tahu hati ku..aku rasa sedih kerana aku tak boleh bercakap dengan siapa-siapa...aku rasa putus asa..aku fikir biarlah aku pergi untuk selamanya...tetapi,bila aku fikir balik,Allah yang maha besar lagi maha penyayang,telah memberi peluang untuk aku hidup...aku patut bersyurkur dan aku tak nak sia-siakan..lagi pun ramai bagi semangat untuk aku hidup..nak-nak lagi mama ku..dia mahu aku tempuh dugaan-dugaan ku dengan tabah...dia tidak pernah putus asa untuk doakan aku..semakin lama,semakin sehat badan ku...mama ku sedang berbincang dengan Dr.Azman..katanya mama merayu untuk pindah dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ke Hospital Sungai Buloh,Selangor...sudah sebulan lebih aku berada di hospital..mama ku serba salah nak jaga aku..macam-macam mama ku berfikir..fikir pasal aku,pasal adik-adik ku,dan banyak menyusahkan orang..keesokannya,Dr.Azman bagi tahu yang dia sudah membuat surat untuk pindah ke Hospital Sungai Buluh,Selangor..jadi selepas ini aku kena berjumpa dengan Dr.Azmir Khas tetang penyakit ku...pastu Dr.Azman memberitahu bahawa aku sudah boleh balik rumah...punyalah seronok..mama ku dan aku gembira teramat sangat..aku sudah bosan duduk dekat hospital...aku terus kemas barang-barang aku..dalam berapa minit,pakcik ku ambil aku dan mama ku..buat masa ini,aku dan mama ku kena duduk rumah makcik ku yg aku sayangi..lama jagalah aku dan mama ku ada di rumah makcik ku..aku pernah nampak mama ku nangis seorang diri..banyak hati yang kena jaga..mama ku pun penah luahkan kepada ku...cukuplah dengan apa yang terjadi...aku dan mama ku tidak sabar untuk pulang ke rumah idaman ku...

aku mintak maaf sekiranya aku banyak menyusahkan sesiapa selama ini...

  Aku kena selesaikan perjanjian ku..Satu hari aku dan mama ku pergi Hospital Sungai Buloh,Selangor ..aku perlu berjumpa dengan Dr.Azmir Khas..aku telah terangkan tentang diri ku..kemudian aku kne scan untuk kepastian  penyakit ku..bila aku sudah tahu puncanya,aku kena bedah kali ke 2...sebab yang pertama,Dr.Azman hanya membersihkan darah dalam otak ku..katanya darah aku sudah mengalir sehingga ke kawasan mata ku..sebab itu DR.Azman dan Dr.Fara berkata,kemungkinan aku tidak boleh membuka mata sampai bila-bila....appointment aku untuk bedah pada 13hari bulan 8 tahun yang sama..sebelum itu aku kena berlajar bercakap..dalam enam kali belajar bercakap aku sudah boleh bercakap seperti biasa..sukanya aku...aku masuk Hospital Sungai Buloh,Selangor,3 hari sebelum bedah kerana aku kena buat persediaan...sekali lagi aku kena botakkan kepala ku..aku sedih kerana rambut ku yang panjang kena potong tapi aku terpaksa lakukan demi kebaikan aku..pembedahan aku mengambil masa dalam 8 jam untuk di selesaikan..hati ku berdebar-debar..nyawa ku berkemungkinan hanya 50-50...aku hanya ingatkan Allah S.W.T..aku bersedia dan aku redha segala-galanya..dalam perjalanan ke dewan bedah seorang doktor tanya pada ku..adakah aku hendak pesan kepada sesiapa..aku bagi tahu yang aku mahu doktor itu tunaikan apa yang aku pesan sekiranya aku tiada di dunia lagi..

akhirnya..............

  Allahamdulillah Ya Allah kerana aku masih ada lagi di sini..aku terlalu bertuah..Kau bagi peluang kepada ku...aku tidak akan menyesal dengan apa yang terjadi,ini semua hanya ujian dari Allah yang maha agung...sampai sekarang aku bertambah sehat walaupun aku tidak boleh berubah 100% seperti dulu...tapi aku bersyukur dan aku terima keadaan aku..yang penting keluarga ku masih boleh terima aku...aku tak kan lupa sejarah hidup ku sampai bila-bila...aku tak sangka penyakit aku ini ialah PENDARAHAN OTAK....kepada semua yang mengenali aku,terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan aku dan sentiasa bagi semangat untuk aku teruskan hidup ku,juga terima kasih Allah........ I LOVE YOU ALL AND GOD.............

<